-->
  • SAHABAT PENIPU !!!!

    Perkara Yang Boleh Merosakkan Persahabatan
    Jika anda mempunyai kawan yang ramai dan sahabat yang sentiasa berada di sisi, perkara yang anda akan fikirkan adalah berusaha untuk mengekalkan hubungan persahabatan tersebut. Namun, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan persahabatan di mana ia wujud dari sikap dan perbuatan kita sendiri dan mungkin juga disebabkan pengaruh orang lain. Apakah perkara tersebut? Berikut merupakan beberapa faktor yang harus kita elakkan demi menjaga sebuah nilai persahabatan:


    ·         Tikam Belakang - Perbuatan tikam belakang kawan sendiri memang punca utama berlakunya pergaduhan dalam persahabatan. Ia berlaku kerana adanya pihak yang memburukkan kawan sendiri tanpa diketahui oleh sahabat tersebut dan ia juga boleh berlaku atas motif tertentu. Contohnya bersahabat untuk mendapatkan sesuatu seperti ganjaran pangkat atau nama. Hal sebeginilah yang harus dielakkan kerana ia hanya menyebabkan pertelingkahan berlaku dan menunjukkan tiada keikhlasan dalam membina persahabatan.
    ·         Talam dua muka - Sikap talam dua muka biasanya dia berpura-pura baik dan ramah terhadap sahabat dia sendiri. Tetapi, di tempat lain dia akan memburukkan (mengumpat) sahabat dia tersebut. Motif individu yang melakukan hal sebegini biasanya adalah untuk menunjukkan bahawa dia baik di mata semua orang dan juga menginginkan perhatian. Perlakuan tersebut harus dielakkan kerana ia akan menyebabkan kita boleh dipandang serong dan pasti ramai yang tidak mahu berkawan dengan anda jika mereka mengetahui sikap yang sebenar. Akhirnya, kita sendiri yang rugi.
    ·         Marah - kadang-kala persahabatan juga boleh renggang kerana adanya kemarahan dalam diri masing-masing. Pergaduhan di antara sahabat adalah tidak mustahil untuk berlaku apabilanya adanya rasa tidak puas hati yang menyebabkan berlakunya perselisihan faham. Jika emosi tersebut tidak dapat dikawal, ia akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika berusaha mengawal rasa marah dan cuba berbincang dalam situasi yang tenang.
    ·         Penipuan - Siapa yang suka ditipu? Apabila kita rasa diri kita ditipu, dengan mudahnya hati kita akan menjadi geram dan marah.  Adakalanya kita akan berbicara terhadap sahabat anda mengenai perkara tersebut dan adakalanya kita akan diam tanpa mempedulikan lagi sahabat tersebut. Jika anda sayang dan berusaha untuk menjaga persahabatan tersebut, sifat jujur haruslah ditanam dalam diri. Elakkan dari menipu sahabat anda sendiri kerana ia hanya menyebabkan pershabatan menjadi renggang.

    Kesimpulannya, sikap atau perbuatan yang dinyatakan di atas harus di elakkan. Lakukan sesuatu yang positif dan berfikir lah secara rasional untuk menjaga persahabatan yang anda sayangi. Moga-moga dengan itu, persahabatan akan dapat dikekalkan hingga ke akhir hayat. 
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment