Petanda
si dia adalah teman istemewa anda
Semua orang berimpian
untuk mempunyai teman istemewa dalam kehidupan mereka. Kadang-kadang dalam
persahabatan juga boleh menimbulkan rasa istemewa di hati masing-masing. Apakah
ciri-ciri teman istemewa anda? Apakah petanda yang menunjukkan si dia mendapat
tempat yang istemewa di hati anda? jawapan berikut mungkin boleh membantu anda
menyedari kehadirannya di hati anda.
Selalu
mengingati dia
– jika anda selalu terbayang-bayang mengenai si dia, ia merupakan satu petanda
bahawa anda sudah jatuh hati degan dia. Hampir setiap masa, anda hanya
memikirkan dia sahaja.
Gembira – apabila anda bertemu
atau terserempak dengan si dia, perasaan anda berdebar-debar. Wajah anda akan
bertukar, yang muram akan menjadi berseri kerana kehadirannya membuatkan anda
lebih senang dan gembira ketika bersua muka dengan si dia. Mungkinkah itu juga
satu petanda untuk anda?
Komunikasi – cara berkomunikasi anda
juga akan berubah ketika berbual dengan si dia. Walaupun ketika itu perhubungan
anda masih dalam kategori persahabatan, anda akan merasa sesuatu perasaan yang
berlainan ketika berbual dengan dia. Contohnya, jika anda seorang yang kasar
ketika berbual, mungkin nada akan menjadi lebih lembut ketika itu. Perubahan
itu biasanya berlaku tanpa anda sedari.
Usaha – tanpa anda sedari,
adakalanya anda akan berusaha untuk terus berhubung dengan si dia. Hal ini
kerana, si dia sudah berjaya masuk ke dalam hati anda. Anda takut untuk
kehilangannya oleh itu anda terus berusaha agar perhubungan tersebut walaupun
dalam bentuk persahabatan dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Sebagai
contoh, anda akan meminta nombor telefon si dia agar mudah dihubungi. Dalam
erti kata lain, anda takut untuk kehilangan si dia.
Berkorban
– jika si
dia sudah mendapat tempat di hati anda, berkemungkinan juga anda sanggup
melakukan apa sahaja untuk nya. Namun, anda harus lah pastikan setiap tindakan
yang diambil adalah positif bukan hanya mengikut perasaan semata-mata. Sebagai
contoh, anda sanggup berkorban masa untuk melakukan tugasan assignment kerana
anda merasa berhak untuk menolongnya.
No comments:
Post a Comment