-->
  • APA YANG LELAKI MAHU ????

    Kita jangan lupa bukan wanita sahaja yang boleh merajuk, lelaki juga mempunyai perasaan sedemikian. Mengapa lelaki merajuk? Terlalu banyak sebab dan ia mungkin berlaku kerana anda sendiri seperti perselisihan faham atau kata-kata yang membuatkan si dia kecil hati dengan anda. kenapa harus merajuk?



    Mungkin segolongan wanita berfikir kenapa pasangannya mahu merajuk walaupun ia bukanlah disebabkan perkara  yang besar tetapi sebenarnya naluri hati lelaki juga lembut dan mudah tersentuh. Bagaimana hendak pujuk? Terdapat beberapa cara untuk memikat atau memujuk hati si dia kembali iaitu:
    1. 1 Berikan dia masa Lelaki memerlukan masa untuk bersendirian sebagai langkah menenangkan fikiran. Ketika itu, pasangan anda akan berfikir akan masalah atau perkara yang telah berlaku hingga menyebabkan dia merajuk sebegitu rupa. Selain itu, lelaki tersebut akan berfikir untuk setiap persoalan yang bermain di minda melakukan tindakan seterusnya  bagi menyelesaikan masalah tersebut. Oleh itu, pasangan lelaki anda lebih tenang dan akan membuat keputusan yang betul untuk memulihkan keadaan kembali seperti dahulu.

    2.   Elakkan memaksa untuk bertanyakan perasaan pasangan anda
    Jika pasangan anda sedang merajuk, elakkan daripada menanyakan perasaan yang beliau alami kerana kemungkinan ia akan merumitkan keadaan. Hal ini kerana, lelaki memerlukan ruang dan konsentrasi untuk memikirkan permasalahan yang berlaku. Selain itu, ia juga akan mengabitkan pasangan lelaki anda semakin menghindar daripada anda. Ia mungkin disebabkan aanda terlalu mendesak hingga menyebabkan pasangan anda tidak mempunyai ruang untuk bersendirian. Oleh itu, adalah lebih baik untuk tidak menganggunya untuk seketika kerana dia pasti akan kembali menjadi biasa setelah hatinya sudah mulai pulih.



    3.   Memberikan sokongan
    Berikan sokongan kepada pasangan anda iaitu dengan memahami situasi yang dihadapi oleh pasangan anda. walaupun pasangan anda masih tidak mengendahkan anda, anda tetap berada di sisinya walaupun dia seakan-akan tidak peduli akan kehadiran anda. Namun, dalam lubuk hati pasti hati pasangan anda akan tersentuh kerana anda cuba untuk sentiasa mengambil hatinya walaupun anda tidak diendahkan. Namun, jangan lah terlalu mendesak sehingga menyebabkan keadaan menjadi tegang semula. Fahami lah dia kerana itu lebih baik untuk memulihkan keadaan seperti biasa.

    4.   Gembirakan hati pasangan anda
    Sebagai pasangan yang baik, sudah tentu anda mengetahui perkara yang disukainya dan perkara yang tidak disukai oleh pasangan anda. Jadi, lakukan lah sesuatu yang boleh menggembirakan hatinya. Tapi, awas jangan tersalah langkah pula kerana takut pasangan anda marah akan tindakan yang telah anda lakukan. Perkara yang penting adalah memahami situasi pasangan anda. Jika anda merasakan ia sesuatu yang berisiko, anda tidak perlu mengambil langkah ini. Cukuplah dengan memberi masa dan ruang kepada pasangan anda.


  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment