-->
  • Petanda si dia adalah teman istemewa anda

     Petanda si dia adalah teman istemewa anda

    Semua orang berimpian untuk mempunyai teman istemewa dalam kehidupan mereka. Kadang-kadang dalam persahabatan juga boleh menimbulkan rasa istemewa di hati masing-masing. Apakah ciri-ciri teman istemewa anda? Apakah petanda yang menunjukkan si dia mendapat tempat yang istemewa di hati anda? jawapan berikut mungkin boleh membantu anda menyedari kehadirannya di hati anda.

    Selalu mengingati dia – jika anda selalu terbayang-bayang mengenai si dia, ia merupakan satu petanda bahawa anda sudah jatuh hati degan dia. Hampir setiap masa, anda hanya memikirkan dia sahaja.





    Gembira – apabila anda bertemu atau terserempak dengan si dia, perasaan anda berdebar-debar. Wajah anda akan bertukar, yang muram akan menjadi berseri kerana kehadirannya membuatkan anda lebih senang dan gembira ketika bersua muka dengan si dia. Mungkinkah itu juga satu petanda untuk anda?

    Komunikasi – cara berkomunikasi anda juga akan berubah ketika berbual dengan si dia. Walaupun ketika itu perhubungan anda masih dalam kategori persahabatan, anda akan merasa sesuatu perasaan yang berlainan ketika berbual dengan dia. Contohnya, jika anda seorang yang kasar ketika berbual, mungkin nada akan menjadi lebih lembut ketika itu. Perubahan itu biasanya berlaku tanpa anda sedari.

    Usaha – tanpa anda sedari, adakalanya anda akan berusaha untuk terus berhubung dengan si dia. Hal ini kerana, si dia sudah berjaya masuk ke dalam hati anda. Anda takut untuk kehilangannya oleh itu anda terus berusaha agar perhubungan tersebut walaupun dalam bentuk persahabatan dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, anda akan meminta nombor telefon si dia agar mudah dihubungi. Dalam erti kata lain, anda takut untuk kehilangan si dia.

    Berkorban – jika si dia sudah mendapat tempat di hati anda, berkemungkinan juga anda sanggup melakukan apa sahaja untuk nya. Namun, anda harus lah pastikan setiap tindakan yang diambil adalah positif bukan hanya mengikut perasaan semata-mata. Sebagai contoh, anda sanggup berkorban masa untuk melakukan tugasan assignment kerana anda merasa berhak untuk menolongnya.

     

     

     

  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment