Cara
memujuk hati lelaki
Kita jangan lupa bukan
wanita sahaja yang boleh merajuk, lelaki juga mempunyai perasaan sedemikian.
Mengapa lelaki merajuk? Terlalu banyak sebab dan ia mungkin berlaku kerana anda
sendiri seperti perselisihan faham atau kata-kata yang membuatkan si dia kecil
hati dengan anda. kenapa harus merajuk? Mungkin segolongan wanita berfikir
kenapa pasangannya mahu merajuk walaupun ia bukanlah disebabkan perkara yang besar tetapi sebenarnya naluri hati
lelaki juga lembut dan mudah tersentuh. Bagaimana hendak pujuk? Terdapat
beberapa cara untuk memikat atau memujuk hati si dia kembali iaitu:
1. Berikan
dia masa
Lelaki memerlukan masa
untuk bersendirian sebagai langkah menenangkan fikiran. Ketika itu, pasangan
anda akan berfikir akan masalah atau perkara yang telah berlaku hingga
menyebabkan dia merajuk sebegitu rupa. Selain itu, lelaki tersebut akan
berfikir untuk setiap persoalan yang bermain di minda melakukan tindakan
seterusnya bagi menyelesaikan masalah
tersebut. Oleh itu, pasangan lelaki anda lebih tenang dan akan membuat
keputusan yang betul untuk memulihkan keadaan kembali seperti dahulu.
2. Elakkan
memaksa untuk bertanyakan perasaan pasangan anda
Jika pasangan
anda sedang merajuk, elakkan daripada menanyakan perasaan yang beliau alami
kerana kemungkinan ia akan merumitkan keadaan. Hal ini kerana, lelaki
memerlukan ruang dan konsentrasi untuk memikirkan permasalahan yang berlaku.
Selain itu, ia juga akan mengabitkan pasangan lelaki anda semakin menghindar
daripada anda. Ia mungkin disebabkan aanda terlalu mendesak hingga menyebabkan
pasangan anda tidak mempunyai ruang untuk bersendirian. Oleh itu, adalah lebih
baik untuk tidak menganggunya untuk seketika kerana dia pasti akan kembali
menjadi biasa setelah hatinya sudah mulai pulih.
3. Memberikan
sokongan
Berikan
sokongan kepada pasangan anda iaitu dengan memahami situasi yang dihadapi oleh
pasangan anda. walaupun pasangan anda masih tidak mengendahkan anda, anda tetap
berada di sisinya walaupun dia seakan-akan tidak peduli akan kehadiran anda.
Namun, dalam lubuk hati pasti hati pasangan anda akan tersentuh kerana anda
cuba untuk sentiasa mengambil hatinya walaupun anda tidak diendahkan. Namun,
jangan lah terlalu mendesak sehingga menyebabkan keadaan menjadi tegang semula.
Fahami lah dia kerana itu lebih baik untuk memulihkan keadaan seperti biasa.
4. Gembirakan
hati pasangan anda
Sebagai
pasangan yang baik, sudah tentu anda mengetahui perkara yang disukainya dan
perkara yang tidak disukai oleh pasangan anda. Jadi, lakukan lah sesuatu yang
boleh menggembirakan hatinya. Tapi, awas jangan tersalah langkah pula kerana
takut pasangan anda marah akan tindakan yang telah anda lakukan. Perkara yang
penting adalah memahami situasi pasangan anda. Jika anda merasakan ia sesuatu
yang berisiko, anda tidak perlu mengambil langkah ini. Cukuplah dengan memberi
masa dan ruang kepada pasangan anda.
No comments:
Post a Comment