-->
  • Kejutan untuk insan tersayang

    Berikan Kejutan untuk insan tersayang


    Adakah anda berhasrat untuk membuat satu kejutan untuk orang yang anda sayangi? Namun, anda tidak mempunyai idea untuk melakukan idea tersebut? Kejutan merupakan peristiwa yang boleh membuatkan si dia merasa gembira namun ia juga boleh menyebabkan keadaan menjadi keruh jika kejutan tersebut dilakukan pada situasi yang salah. Bagaimana hendak mengetahui hari tersebut tidak sesuai untuk membuat kejutan? Kita lihat pada mood dan keadaan dia? Jika dia tengah marah, adakah sesuai untuk membuat kejutan? Sudah tentu tidak kan..
    Berikut merupakan cara melakukan kejutan untuk si dia:
    ·         Berikan hadiah yang unik – Berikan hadiah dapat membuatkan si dia tersenyum dan sudah pasti akan menghargai pemberian anda. Tidak kira mahal atau murah, hadiah yang ikhlas pasti akan membuat si dia gembira dan tersenyum. Berikan si dia kejutan dengan membeli atau membuat hadiah kesukaanya. Ia akan menambahkan kegembiraan si dia apabila menerima hadiah daripada anda. contohnya, jika dia suka anak patung, belikan si dia anak patung yang comel J
    ·          Makan Malam: wujudkan suasana yang romantis bersama pasangan anda ketika makan malam bersama beliau. Anda boleh lokasi yang indah dan menarik untuk bersama dengan pasangan anda. Anda tidak perlu beritahu dahulu bahawa anda ingin mengajaknya makan malam, anda Cuma perlu beritahu bahawa anda sudah sediakan sesuatu untuknya. Moga-moga dengan kejutan makan malam yang istemewa dapat menambat hati pasangan anda.
    ·         Hari jadi: Apabila tiba tarikh lahir pasangan anda, anda boleh membuat kejutan dengan mengadakan jamuan hari jadi untuk nya. Anda boleh jemput keluarga, saudara mara dan sahabat handai untuk turut memberikan kejutan untuk pasangan anda. Ketika ini, anda boleh menyediakan pelbagai acara yang menarik contohnya menyanyi untuk si dia, memberikan kejutan seperti pengumuman istemewa untuknya dan sebagainya. Diharap dengan kejutan tersebut, pasangan anda akan lebih gembira bersama anda.
    ·         Buat sesuatu lain dari yang lain: Hal ini bermaksud, buat sesuatu yang anda belum pernah lakukan dan pasangan anda juga tidak pernah menyangka akan melakukan perkara tersebut. Sebagai contoh, anda boleh membuat puitis untuk nya, mencipta lagunya, menghiburkan hatinya dengan gaya yang lucu dan sebagainya. Namun, pastikan ianya positif dan tidak akan melukakan hati pasangan dan pihak-pihak yang tertentu. Anda harus fikir dahulu, sama ada tindakan tersebut dapat memberikan impak positif atau sebaliknya. Jika anda was-was, anda tidak perlu lakukannya J


    Impian untuk membuat kejutan untuk pasangan anda merupakan usaha murni untuk sentiasa menjaga hati pasangan anda dan membuatkan si dia gembira. Namun, sebelum membuat keputusan untuk membuat kejutan pastikan situasi tersebut adalah sesuai. Hal ini adalah untuk mengelakkankejutan anda tidak menjadi.
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment